Latar belakang - Laman Web Rasmi PPD Tampin - QR Code Friendly
English Chinese (Simplified)



A- A A+
You are here: UtamaProfilLatar belakang

We have 27 guests and no members online

 

 

 

Penubuhan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) bermula pada 1 Jun 1982 bertempat di Perpustakaan Sek.Men.Keb. Tunku Besar Tampin. Pada awal penubuhan, Pejabat Pelajaran Daerah dikenali sebagai Pejabat Pelajaran Daerah Tampin dan Rembau. Pada masa itu terdapat enam orang pegawai dan empat orang kakitangan sokongan diketuai oleh Pegawai Pelajaran Daerah Tn.Hj,Hisyam Bin Hj.Omar.

Pada Mac 1983 PPD Tampin dan Rembau dipindahkan dari Sek.Men.Keb.Tunku Besar Tampin. Ke Bangunan Persekutuan Tampin. Pada 2 Mei 1985 PPd Tampin dan Rembau beroperasi sementara di Sek.Keb.Tunku Besar Tampin.Di bawah pentadbiran PPD Tampin dan Rembau terdapat 94 buah sekolah iaitu 56 buah sekolah di daerah Tampin dan 38 buah sekolah di Daerah Rembau.

Mulai 1 Disember 2003, PPD Tampin dan Rembau telah berpindah ke bangunan sendiri di KM 0.5 jalan Seremban-Tampin dengan tanah seluas 2.5 ekar. Pada 1 Mac 2005, bangunan PPD Tampin dan Rembau telah dirasmikan oleh YAB Dato’Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan iaitu Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.

Pada bulan Januari 2008, PPD Tampin Dan Rembau telah diasingkan kepada PPD Tampin dan PPD Rembau. Setiap PPD diterajui oleh Pegawai Pelajaran Daerah masing-masing. Pada masa itu PPD Tampin mempunyai 22 orang pegawai dan 13 kakitangan sokongan.

Paparan Resolusi : Paparan terbaik menggunakan pelayar Chrome atau Mozilla Firefox versi 3.0 keatas dengan resolusi 1280 x 800 piksel juga telefon mudah alih android versi 2.0 ke atas.

Pejabat Pendidikan Daerah Tampin Negeri Sembilan.Tel:06-4421430 Faks:06-4414292.Email:ppdtampin@moe.gov.my